RM58/RM63
30 BIJI
Kunyit adalah salah satu rempah yang biasa digunakan terutamanya di dalam masakan dan sebagai jamu. Di dalam perubatan tradisional Melayu, kunyit adalah herba utama yang digunakan di dalam proses merawat kerana mempunyai kesan penyembuhan yang paling mujarab.
Namun begitu, kunyit yang diekstrak tidak dipiawaikan penggunaannya untuk kegunaan komersial. Sekiranya ia dipiawaikan, ia tidak dipiawaikan dengan cara yang betul.
Pil Kunyit Anugerah adalah ramuan ekstrak kunyit yang telah diekstrak dan dipiawaikan 100% untuk kesihatan yang optimum.
Ia juga menggabungkan khasiat teh hijau untuk melengkapkan tindakan menyembuh dan menghalang penyakit.
Pil Kunyit Anugerah digunakan secara tradisional untuk:
• melegakan sakit sendi dan otot
• mengurangkan bengkak akibat kecederaan
• menguatkan sistem pertahanan badan melawan penyakit
• mencantikkan dan menyihatkan kulit
• membantu mendapatkan bentuk badan yang langsing dan cantik
Kenapa Pil Kunyit Anugerah lebih baik berbanding kunyit biasa?
- Khasiat kunyit 20 kali lebih baik berbanding kunyit biasa.
Bahan aktif penyembuh kunyit iaitu curcumin telah diekstrak dan dipiawai 100%, jadi khasiatnya lebih baik berbanding kunyit biasa yang tidak diekstrak.
- Kadar penyerapan curcumin yang lebih baik di dalam badan
Curcumin adalah bahan aktif warna kuning kunyit yang berperanan untuk menyembuh. Kesan penyembuhan akan lebih berkesan kerana anda tidak perlu mengambil banyak dos untuk mendapatkan kesan positifnya.
- Bersifat menyembuh dan menghalang penyakit
Gabungan kunyit dan teh hijau sesuai untuk mereka yang sihat yang mahu kesihatan yang optimum dan untuk mengurangkan sakit sendi dan bengkak.
- Mencantikkan kulit dari dalam
Khasiat kunyit yang bersifat antioksidan mampu untuk menjadikan kulit anda dan menjadikan anda awet muda dengan pengamalan yang konsisten.
- Dibacakan dengan doa-doa pilihan untuk keberkatan
Anda boleh mendapat manfaat perubatan Islam melalui Pil Kunyit Anugerah yang ditenagakan dengan bacaan 30 juzuk al-Quran dan doa-doa pilihan.
Walaupun Pil Kunyit Anugerah ini bermanfaat untuk semua, namun ianya tidak sesuai untuk golongan-golongan ini:
• wanita mengandung dan ibu yang menyusukan anak.
• pesakit batu karang
• pesakit yang mengambil aspirin dan ubat penahan sakit. Mungkin juga bereaksi dengan supplemen yang mengurangkan pembekuan darah seperti gingko biloba, ginseng dan bawang putih.
• mereka yang akan menjalani pembedahan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan.
Cara makan: Boleh ambil 1 biji selepas makan.
Diluluskan oleh Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM (MAL20002629TC)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan