Selasa, 19 Ogos 2014

TUNGKU ANUGERAH- IBU DAN BAYI

TUNGKU BERSALIN ANUGERAH


RM48/RM53

Bertungku baik untuk ibu-ibu bersalin untuk melancarkan peredaran darah, membuang angin dan merawat gatal-gatal, kudis, sakit lutut dan ruam. Tungku perlu dipanaskan melalui kaedah mengewap (stim) lalu dituam ke badan terutama bahagian perut.

Namun tidak semua tungku berupaya menyimpan dan menyebarkan haba dengan baik dalam tempoh masa yang lama. 

Tungku Bersalin Herba Batu Lava Anugerah menyelesaikan masalah itu. Ia mengandungi batu lava gunung berapi yang boleh menyimpan haba dalam tempoh yang lama, jadi anda tidak perlu menuamnya banyak kali dan dapat memanjangkan jangka hayat penggunaannya.

Ia juga membantu:

• membantu melancarkan peredaran darah, melegakan otot dan membuang angin dari dalam badan.
• mencantikkan kulit dan menghilangkan gatal-gatal, kudis, sakit sendi dan ruam.
• menggunakan batu lava gunung berapi yang berupaya untuk menyimpan dan menyebarkan haba dengan baik dan bertahan lama berbanding tungku biasa.
• juga mengandungi herba-herba tradisional seperti kunyit, bonglai putih dan serai wangi.

Kandungan Tungku Bersalin Herba Batu Lava Anugerah untuk ibu:

• Kunyit
• Bonglai putih
• Batu lava gunung berapi
• Serai wangi
• Halia
• Lengkuas
• Limau purut
• Daun pandan
• Sireh
• Daun senduduk
• Daun nilam
• Kayu manis
• Asam jawa
Cara-cara penggunaan Tungku Bersalin Herba Batu Lava Anugerah untuk ibu adalah seperti berikut:

1. Kukus tungku selama 10-15 minit.
2. Selepas mencapai kepanasan yang sesuai, tuamkan tungku pada bahagian-bahagian badan seperti sendi-sendi, perut, pinggang, peha dan betis.
3. Jika tidak mahu kukus, tuam tungku menggunakan seterika sehingga mencapai kepanasan yang secukupnya.

Jangka hayat penggunaan Tungku Bersalin Anugerah : 1 tahun.

Simpan di tempat kering.

TUNGKU BAYI ANUGERAH


RM38/RM43

Bayi akan kerap menangis akibat beberapa simptom yang digelar kembung perut, angin pasang dan sawan angin. Ini menyebabkan bayi tidak selesa dan tidak dapat tidur. Dengan menuamkan tungku pada perut bayi, ia boleh menenangkan bayi dan melancarkan peredaran darah.

Tungku Bersalin Herba Batu Lava Anugerah mengandungi batu lava gunung berapi yang boleh menyimpan haba dalam tempoh yang lama, jadi anda tidak perlu menuamnya banyak kali dan dapat memanjangkan jangka hayat penggunaannya.

Ia juga membantu:

• membantu melancarkan peredaran darah, melegakan otot dan membuang angin dari dalam badan.
• menghilangkan gatal-gatal, kudis, sakit sendi dan ruam.
• menggunakan batu lava gunung berapi yang berupaya untuk menyimpan dan menyebarkan haba dengan baik dan bertahan lama berbanding tungku biasa.
• juga mengandungi herba-herba tradisional seperti ekstrak sireh, daun kantan dan daun pandan.

Kandungan Tungku Bersalin Herba Batu Lava Anugerah untuk bayi:

• Batu lava gunung berapi
• Ekstrak sirih
• Daun kantan
• Daun pandan

Cara-cara penggunaan Tungku Bersalin Herba Batu Lava Anugerah untuk bayi adalah seperti berikut:

1. Panaskan bahagian bawah tungku dengan seterika sehingga mencapai kepanasan yang sesuai.
2. Tuam pada perut, dada, lutut, tapak kaki, belakang badan dan bahagian sulit (untuk bayi lelaki sahaja).
3. Tuaman boleh dilakukan setiap kali selepas mandi.

Jangka hayat penggunaan Tungku Herba Bayi Anugerah : 1 tahun

Simpan tungku di tempat kering.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan